Cuti² Malaysia Bersama iGotravel.my


Siapa tak minat cuti-cuti ni kan?

Bercuti dapat menenangkan fikiran, menghilangkan segala macam stress dan menyegarkan kembali minda dan fizikal kita.

Malaysia banyak tempat percutian yang menarik

Mesti ramai yang sudah sedia maklum tahun 2014 merupakan tahun Melawat Malaysia. Negara kita juga menjadi tumpuan pelancong serata dunia. Ini kerana terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati di negara kita yang tercinta ini. Pulau-pulau di Malaysia juga sangat terkenal, begitu juga dengan pantai-pantai menarik menjadi tumpuan pelancong luar dan dalam negara.


Tak lupa Malaysia juga industri pelancongan Malaysia semakin maju, antara yang terbaru kemunculan Taman Tema Legoland pertama di Asia yang terletak di Johor Bahru.

Kami bercuti di Legoland

Panduan bercuti bersama Cuti Malaysia.my dan iGotravel.my

Bagi sesiapa yang nak dapatkan info² cuti² di Malaysia boleh rujuk panduan-panduan dan info di CutiMalaysia.my. Pelbagai info tempat² percutian menarik di Malaysia ada di sana. Info-info yang ada insyaAllah akan menjadikan pengurusan percutian anda lebih baik dan lebih teratur.


Untuk panduan senarai-senarai homestay dan harganya boleh pula dirujuk portal penuh berinformasi iGotravel.my.


Berita baik..berita baik..berita baik..

Contest Cuti Malaysia kembali lagi sebagai menghargai pengunjung setia & follower Cuti Malaysia selama ini, Cuti Malaysia berbesar hati telah menganjurkan contest terbaru yang menyediakan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM 1500++ untuk dimenangi dengan menyertai “Contest Blog CutiMalaysia” bermula dari 1 Mei 2013 – 31 Disember 2013. Butirannya?


Hadiah Komen Terbanyak Bulanan (Mei – Disember 2013):
Tempat Pertama : RM 50
Tempat Kedua : RM 20
Tempat Ketiga : RM 10

Hadiah Komen Terbanyak Akhir Tahun Cuti Malaysia :
Tempat Pertama : Baucar Penginapan RM 200 di IGotravel.my
Tempat Kedua : Baucar Penginapan RM 100 di IGotravel.my
Tempat Ketiga : Baucar Penginapan RM 50 di IGotravel.my

Hadiah Bonus Review Terbaik (tajaan iGotravel.my)
Bonus daripada sponsor contest Cuti Malaysia kali ini yang mana pihak iGotravel berbesar hati untuk menaja hadiah review terbaik kepada pemenang yang cukup bertuah, adakah anda orangnya? :

Tempat #1 : Percutian 2 hari 1 malam ke Universal Studio Singapura (Untuk 2 Dewasa)
Tempat #2 : 2 Tiket Masuk (Dewasa) Melaka Wonderland + Penginapan Homestay Melaka Selama 2 Hari 1 Malam
Tempat #3 : 1 Tiket Masuk (Dewasa) Melaka Wonderland

Oh bestnya kalau dapat ke USS buat kali kedua. Kali pertama pergi haritu agak tak best sebab hujan dan juga Darwisy yang takut-takut dengan watak-watak jahat di dalam USS.

Bestnya kalau dapat ke sini lagi

Syarat untuk contest review terbaik ini memang mudah :

  • Review Content iGotravel Malaysia terbuka kepada semua jenis blog
  • Pastikan tajuk artikel anda tertera keyword Cuti Malaysia & iGotravel.my dan kesemua maklumat contest Cuti Malaysia seperti di sini dimuatkan di laman blog anda termasuklah letakkan link penaja (igotravel.my) di artikel blog anda. Olahan penyampaian review terpulang kepada anda
  • Kongsikan link artikel anda di http://cutimalaysia.my/contest-blog-travel-2013 untuk memudahkan kami membuat semakan.
Itu sahaja, mudah bukan?

Pemenang bulanan akan di umumkan melalui Blog Travel Cuti Malaysia dan FB pada minggu pertama bulan berikutnya. Manakala untuk Hadiah Utama & Review terbaik akan di umumkan pada pertengahan bulan Januari 2014.

Syarat-syarat Umum Penyertaan Contest Cuti Malaysia Tahun 2013 :


1. Sila dapatkan informasi menarik dan semak review tempat-tempat menarik di setiap posting di CutiMalaysia

2. Setiap komen mestilah

Sekurangnya 10 perkataan berkaitan dengan setiap posting
Tiada kata-kata kesat dan menyentuh peribadi mana-mana pihak

3. Mesti LIKE FB CutiMalaysia & LIKE FB iGotravel.my

4. Sekurang- kurangnya 20 komen saja untuk melayakkan anda untuk memenangi hadiah yang dipertandingkan.

5. Sekiranya keputusan hampir sama; pemenang akan ditentukan berdasarkan purata komen terbanyak setiap posting dan jumlah LIKE FB di setiap posting.

6. Untuk Hadiah Utama Blog Travel Cuti Malaysia pemenang dikira berdasarkan mata terkumpul berdasarkan jumlah komen konsisten setiap bulan hingga akhir tarikh pertandingan. Jika keputusannya hampir sama keputusan berdasarkan syarat 5.

7. Hadiah akan dibayar kepada pemenang secara online di akaun bank masing-masing.

8. Baucar penginapan untuk Hadiah Utama akan sah selama 6 bulan selepas tarikh pengumuman tarikh keputusan pemenang.

9. Untuk contest Cuti Malaysia kali ini, anda boleh memilih untuk menyertai contest komen terbanyak atau review terbaik atau kedua-dua sekali. Terpulang.

10. Keputusan adalah muktamad

Contest Komen Terbanyak & Review Terbaik dianjurkan oleh Cuti Malaysia. Penaja bersama adalah Portal Pengiklanan Rumah Percutian & Homestay di Malaysia, iGotravel