Hari Terakhir Pencalonan #MSMW2014


Salam hari Jumaat yang mulia.

Rata-rata saya melihat rakan-rakan masing-masing pulang ke kampung, menumpang cuti perayaan kaum lain, maklumlah, 1Malaysia gitu..hehe. Semoga perjalanan dan urusan rakan-rakan dipermudahkan.

Hari ni, 31/1/2014 merupakan hari terakhir pencalonan di Malaysia Social Media Week 2014 bagi mereka-mereka yang aktif di media sosial seperti blog, instagram mahupun twitter.

Calon jangan tak calon

Tahun ni tiba-tiba terasa nak cuba mencalonkan blog cikgunaman.com dalam kategori Educational Blog, dah tak de yang sesuai melainkan kategori ini..hehe. Walaupun rasanya macam tak layak tapi apa salahnya mencuba kan? Harap-harap ada yang sudi vote nanti.

Kepada yang masuk pencalonan, semoga berjaya. Kalau menang itu rezeki, tak menang tahun depan cuba lagi.