2 Hari Lagi Undian di MSMW2014 Berakhir


Ramai yang sudah maklum, sekarang ni adalah musim mengundi bagi mereka yang aktif di Media Sosial seperti blogging, instagram dan twitter. Masing-masing yang tercalon sehabis daya meraih undi untuk blog-blog mahupun micro blog masing-masing. Mungkin sesetengah orang yang aktif di media sosial tak pandang pun anugerah sebegini, tetapi ada juga yang menggunakan peluang ini untuk menjenamakan blog, instagram mahupun twitter masing-masing.

Saya tahun ni tiba-tiba terlebih rajin nak cuba masukkan blog ini dalam kategori Educational Blog. Saja nak test market bak kata orang. Kalau menang rezekilah, dapat jadi tiga teratas pun sudah cukup baik kerana ia akan membawa kesan-kesan positif nanti.

Hari ini sudah 9/2, maknanya tinggal lebih kurang 2 hari lagi masa untuk rakan-rakan membuang undi di MSMW2014. Sesiapa yang belum buat undi dan terasa baik hati nak undi blog saya, ini cara²nya :

1. Daftar di http://socialmediaweek.com.my/programmes/awards/signup.php

2. Activate akaun di dalam  emel yg register tadi. Mereka akan hantar satu pautan pengesahan seperti gambar di bawah :

klik link pengaktifan yang diberi


Klik vote sehingga bertukar merah

Kepada yang mengundi cikgunaman.com, terima kasih saya ucapkan.

Goodluck kepada semua yang bertanding!!