Gaya Hidup Sihat Ditemani YEO'S

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pilih Yeos Untuk Gaya Hidup Yang Sihat


Yeos. Begitu sinonim dengan kehidupan saya dari kecil hingga sekarang dah anak dua. Membesar dengan keluarga saya mempunyai kedai runcit di rumah mendedahkan saya dengan minuman semulajadi YEO'S. Dari perisa soya, cincau dan juga Chrysanthemum Tea hinggalah pada hari ni produk-produk Yeos semakin pelbagai bukan setakat air minuman sahaja bahkan makanan dalam tin dan juga mi segera.

Oh, masih terbayang soya yeos dalam botol kaca masa zaman sekolah di era 90an.


Yeo's Pilihan Semulajadi Terbaik

Antara penyebab mengapa saya sukakan produk yeo's adalah ianya dibuat daripada sumber-sumber semulajadi. Tanpa bahan pengawet dan untuk minuman, ramuannya menggunakan kurang gula. Ini sangat bagus untuk gaya hidup yang sihat. Kita sudah maklum bahan pengawet membahyakan kesihatan, manakala gula yang berlebihan pula boleh mendatangkan penyakit seperti diabetes.

Pilihan Yang Baik Untuk Kesihatan

Memulakan hari yang sihat dengan Yeo's

Tak lengkap rasanya kalau sebelum pergi kerja tak bersarapan dengan baked beans daripada Yeo's bersama-sama dengan sosej. Ia dapat memastikan saya bertenaga untuk memulakan pagi sebagai seorang guru yang banyak bergerak ke sana sini.

Antara kebaikan bake beans adalah , ia merupalan salah satu sumber terbaik serat didunia, baked bean menawarkan serat yang hilang di dalam diet kita. Ia juga adalah makanan rendah lemak dan sesuai untuk pengawalan berat badan. Anda perlu tahu bahawa diet serat tinggi adalah dicadangkan untuk pengawalan kandungan gula dalam darah, dan ini menunjukkan ia sangat baik kepada pesakit diabetes.

Yeo's Memberi Tenaga memulakan hari dengan sihat


Peneman Semasa Bekerja

Semasa melakukan kerja-kerja sebagai seorang guru seperti menanda buku, minuman Yeo's menjadi penemiran, memastikan saya sentiasa segar seterusnya meningkatkan produktiviti kerja. Air masak juga sangat penting di samping minuman berkhasiat Yeo's.


Menjaga Kesihatan Perut Bersama Yogurt

Masih teringat lagi semasa saya di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), saya ada ambil subjek Asas Sains Makanan. Pensyarahnya sempoi, dari utara bernama Prof Salam. Masih teringat akan lawak-lawaknya yang kegengaran agak kotor. Kotor tetapi selalu berisi. Antaranya yang masih terngiang-ngiang sampai sekarang ;

'Kamu kalau nak bagi bau najis awak wangi pagi-pagi tu, kena amalkan minum yoghurt'

Saya lupa ayat yang sebetulnya tapi lebih kurang macam itulah, dengan gaya yang sangat kelakar. Alhamdulillah dapat A jugak subjek ni..hehe.

Jadi apa kaitan cerita ini dengan YEOS??

Ya..YEOS juga mempunyai produk minuman yang berasaskan yogurt.

Yogurt kaya dengan protein, kalsium, riboflavin , vitamin B6 dan vitamin B12. Ia mempunyai manfaat pemakanan yang lebih hebat daripada susu. Kepada mereka yang tidak toleran dengan laktosa, yogurt boleh manjadi pengganti kepada susu.

Yogurt mengandungi kultur hidup telah didapati berkesan dalam percubaan rawak mencegah cirit-birit antibiotik yang berkaitan. Yogurt mengandungi jumlah yang berbeza lemak. Terdapat bukan lemak (lemak 0%) , rendah lemak (biasanya 2% lemak) dan yogurt susu biasa atau keseluruhan (lemak 4%). Satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Obesiti (11 Januari 2005) juga didapati bahawa penggunaan yogurt rendah lemak boleh menggalakkan penurunan berat badan , berbanding dengan plasebo gelatin.

Yogurt adalah makanan kesihatan yang baik untuk kedua-dua bayi dan orang tua. Bagi kanak-kanak , ia merupakan sumber yang seimbang bagi protein, lemak, karbohidrat , dan mineral. Bagi warga emas, yang biasanya mempunyai  usus yang telah kehabisan laktase , yogurt juga merupakan makanan yang baik . Usus tua menunjukkan keengganan bakteria bifidus , yang membolehkan pertumbuhan toksin menghasilkan dan , mungkin, bakteria penyebab kanser . Yogurt boleh membantu mencegah osteoporosis, mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Yogurt dengan budaya aktif membantu usus, mungkin tidak menggalakkan jangkitan faraj, dan boleh membantu seseorang berasa kenyang.
diringkaskan dari sumber wikipedia

Dengan kebaikan-kebaikan dari yogurt, sudah tentulah saya memilih minuman Yogurt Yeo's yang semulajadi untuk kesihatan usus saya. Kesihatan usus yang baik memastikan gaya hidup yang sihat seterusnya meningkatkan produktiviti!

Sayangi Usus Anda !

Bekal selepas bersukan

Selain minum air masak banyak-banyak selepas bersukan, saya gemar juga minum air berperisa keluaran Yeos. Antara yang menjadi kegemaran adalah Chrysanthemum Tea atau Teh Bunga Kekwa. Memang dari dulu lagi sukakan perisa ini kerana ianya sungguh menyegarkan.

Petang-petang semasa beriadah bersama anak-anak dan isteri, minuman Yeos menjadi penghilang dahaga, lebih -lebih lagi Teh Krisantemum yang amat menyegarkan!! Jom saksikan Gaya Hidup Sihat saya dengan minuman Yeo's. Kalau video kabur sila ubah setting paparan video kepada 480p.


Yeos Chrysanthemum Tea menyegarkan!!

Sejukkan badan dengan ramuan istimewa Chrysanthemum Tea

Selain Kimia dan Matematik, saya juga merupakan seorang guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Sebagai seorang guru PJK, saya sentiasa berada di padang semasa subjek PJK sedang berlangsung. Cuaca sekarang sangat panas, seawal 9 pagi bahang cahaya matahari memang sangat panas.

Cuaca di padang sekolah yang panas

Sejukkan badan dengan Teh Krisantimum dari Yeo's

Teh krisantemum dirumus khas dengan kurang gula dan bertindak sebagai penyejuk badan semulajadi. Terdapat satu lagi produk teh krisantemum iaitu Yeo’s Luo han Guo + Chrysanthemum Tea yang mempunyai kesan penyejukan badan 2 kali ganda, baik untuk peparu dan sesuai diminum untuk merawat batu-batuk dan kahak.

Blogging Dengan Sihat

Pada malamnya, masa untuk merilekskan minda dengan melayari ruang media sosial terutamanya blogging. Yeo's Kacang Soya HItam menjadi peneman. Banyak khasiat kacang soya hitam. Ianya sememangnya padat dengan nutrisi yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Malah ia juga kaya dengan protein, serat, asid lemak omega-3, vitamin, garam mineral dan tidak keting­galan antioksida.

Selain padat dengan sumber protein, kacang soya hitam juga kaya dengan serat makanan. Serat makanan mempunyai pelbagai kebaikan termasuk menyebabkan rasa kenyang bagi membantu mengawal pe­ngambilan makanan secara berlebihan dan merendahkan kolesterol. Jadi ia mengurangkan rasa ingin nak makan bila dah sampai pukul 11-12 malam seterusnya mengawal diet yang sihat.

Susu kacang soya membantu dapatka ilham mengarang artikel

Kurang gula sesuai untuk anak

Dengan rumusan yang menggunakan kurang gula, sudah tentu ia adalah minuman yang sihat untuk anak-anak. Ini kerana anak-anak yang sedang membesar tidak elok diberi makanan atau minuman yang terlampau manis. Yeo's prihatin dalam menyediakan minuman semulajadi yang tidak menjejaskan kesihatan.

''Erm..erm..Darwisy suka lah papa laici yeos ni, kurang manis!!Sedap sangat''

Keluarga Sihat Bersama Yeo's

Bila kami berkelah di taman-taman mahupun pantai, pilihan semulajadi Yeo's sudah semestinya dibawa bersama-sama. Enaknya roti disapu kaya Yeo's, dinikmati bersama kedinginan air laici Yeo's. Oh betapa bahagianya dapat menikmati keindahan alam ditemani Yeo's pilihan semulajadi.

Gaya Hidup Sihat Sekeluarga Bersama Yeo's

Budak subang jaya ada gaya,
Pakaian mahal serta ranggi,
Gaya Hidup Sihat idaman saya,
Mudahnya dengan Yeo's pilihan semulajadi.

Sebagai penutup terimalah lagu khas dari cikgunaman feat Syasya Selera berjudul Macam Sedap Je Macam Sedap Je


Produk-produk produk yeos menggamit hati
Pilih-pilih pilihalah sungguh banyak

Khasiat-khasiat khasiatnya member erti
Gaya gaya hidup yang sihat
Sungguh enak dan semulajadi
Kau pasti selalu denganku

Macam sedap macam sedap kata anakku
Memang sedap memag sedap itu kataku
Kau selalu ada dalam peti aisku ku ku
Menunggu
Oh yeos ku suka kamu


----------------------------------------------------------------------------------------------

Yeo's Penaja Utama Sepetang Bersama Blogger 2014.

Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

Jom follow sosial media Yeo’s Malaysia yang menjadi penaja utama Sepetang Bersama Blogger 2014.

Facebook : https://www.facebook.com/YeosMalaysia
Twitter : https://twitter.com/YeosMalaysia
Instagram : http://instagram.com/yeosmalaysia
Google+ : https://plus.google.com/105235723685382687885/posts
YouTube : http://www.youtube.com/yeosmsia