Macam sedap je macam sedap je- Cikgu naman feat Sasha Selera


Demi tak menghampakan bro Faizal Fredly yang nak tuju lagu dalam entri Yeos Gaya Hidup Sihat saya tu, saya pun dengan tak semenanya dapat idea mengarut untuk merosakkan lagu Macam Cantik Je, Macam Comel je.

Datanglah idea tiba-tiba, tak sempat nak tune gitar yang dah berkarat tu terus cuba rekod, terhasillah lagu macam sedap je macam sedap je dengan penampilan khas Sasha Selera di hujung-hujung lagu tesebut.

Kalau nak dengar, jangan cuba membandingkan saya dengan Zarul Umbrella the singing blogger tu ye? Sebab ini lagu manyak terukkk maaaaa...Memang tak setanding la dengan Zarul tu..hehe

Jom seksa telinga masing-masing, kalau tak sanggup, dengar sambil mute kan volume speaker laptop/tablet/smartphone masing-masing.




Produk-produk produk yeos menggamit hati
Pilih-pilih pilihalah sungguh banyak

Khasiat-khasiat khasiatnya member erti
Gaya gaya hidup yang sihat
Sungguh enak dan semulajadi
Kau pasti selalu denganku

Macam sedap macam sedap kata anakku
Memang sedap memag sedap itu kataku
Kau selalu ada dalam peti aisku ku ku
Menunggu
Oh yeos ku suka kamu

Kalau rasa nak dengar full version ada syaratnya, tekan FB like/share dan G+1 di bawah ini..hehe..

Tekan FBshare/like

Tekan G+1

2 butang di atas dapat membantu saya mengumpulkan 30% markah untuk contest Sepetang Bersama Blogger dan Yeos ..hehe
Macam sedap je macam sedap je- Cikgu naman feat Sasha Selera