Tak Pergi #SBB2014 Rugi


Cepat sungguh masa berlalu, rasanya macam baru je berkumpul ramai-ramai dalam acara hebat Sepetang Bersama Blogger #SBB2013 tahun lepas.


Acara #SBB2013 menjadi antara kenangan manis dalam berblogging. Antara sebab-sebabnya

1. Menang Iphone 5 dan RM500
Dalam contest Iphone 5 Gadget Impian, saya berjaya mendapat tempat pertama kategori SEO, menang RM500 tunai dan secara keseluruhannya menang tempat ketiga untuk membawa seunit Iphone 5 hitam.


aih? mengantuk pulak walaupun dapat iPhone 5?

2. Suami isteri menang cabutan bertuah
Isteri menang 3 pasang tudung manakala saya berjaya membawa balik sebuah basikal lipat jenama XDS. Best woo naik basikal lipat, comel je..hehe


mrsfiza.com dapat tudung dari tokey sendiri..hehe


3. Jumpa rakan-rakan blogger
Kat sini ramai dapat kenal rakan-rakan blogger yang lain. Semuanya hebat-hebat.
Blogger² kacak semalaysia berkumpul

4. Jumpa rakan-rakan blogger dari seberang
Seronok dapat bertemu blogger-blogger dari negara jiran seperti Bang Iwan, Bang Dadan dan Bang Munir.

Blogger serumpun

5. Perkongsian ilmu blogging dari top blogger
Blogger² hebat memberi tips dan berkongsi pengalaman

#SBB2014 lebih gempak!!


Kali ini #SBB2014 nampaknya lebih meriah, lagi² penaja utamanya adalah salah sebuah syarikat minuman ternama di Malaysia iaitu Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (YEOS). Jadi program ini juga dikenali sebagai Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 #SBBYEOS2014.

Hadiah cabutan bertuah lebih mengancam!! Iphone 5, Mini Ipad, pakej percutian luar negara dan macam-macam lagi.


Bukan setakat hadiah berbelas ribu ringgit itu je, ada lagi cabutan bertuah setiap minggu seperti yang berikut bagi yang dah mendaftar sahaja . Pendaftaran akan melayakkan anda untuk cabutan bertuah mingguan yang menyediakan hadiah wang tunai yang akan diserahkan di majlis SBBYEOS2014:

Minggu pertama : RM100 x 3
Minggu ke dua : RM80 x 5
Minggu ke tiga : RM50 x 5
Minggu ke empat : RM20 x5


Top blogger seperti Ben Ashaari, Redmummy, Zarul Husin, Shafie Bustan dan beberapa orang lagi yang yang belum beri kata putus akan menjadi antara panel-panel yang akan berkongsi ilmu blogging kepada anda semua.

Maklumat SBB2014 seperti berikut :

Tarikh : 8 Mac 2014
Masa : 10 Pagi - 5.30 Petang
Tempat : Saloma Bistro, Jalan Ampang,

Tertarik? Teringin nak pergi? Daftar sekarang sebelum kuota peserta penuh, cara mendaftar seperti berikut :

1. Buat bayaran RM20. Selepas bayar jangan log out dulu sebab nanti ada detail bayaran diperlukan dalam langah kedua.

Nama Akaun : Denaihati Resources
Nombor Akaun : 562834616817
Nama Bank : Maybank


2. Daftar di SINI . Masukkan detail peribadi dan maklumat bayaran.

3. Berdoa semoga tiada halangan nak ke SBB2014 yang bakal menjadi acara blogger terhebat tahun 2014.

Dengan hanya RM20 anda dah boleh turut serta dalam acara gilang gemilang ini menambah ilmu, rakan-rakan dan makan-makan. Kalau tak pergi memang rugi. Bukan sahaja blogger Malaysia, tetapi ini merupakan himpunan blogger nusantara.

DAFTAR JANGAN TAK DAFTAR!!!!