Tiga Terbaik


Tidak terjangka!


Bukan sebab tidak menang.






Tapi sebab berada dalam kelompok tiga terbaik dalam MSMW2014, kategori Blog Pendidikan.



Sebenarnya rasa segan nak masuk, antara sebab-sebab utama adalah :

Kekerapan update yang sangat rendah
Kat situ dah nampak sebenarnya blog ni susah nak pergi jauh dalam anugerah MSMW2014 kali ini. Katakanlah kalau vote dapat ribu-ribu pun, takkan juri nak pilih blog yang jarang update..hehe


Kurang Isi Mengenai Pendidikan
Semasa mula-mula berblog, banyak tulisan di blog ini adalah berkaitan pendidkan dan kisah-kisah di sekolah. Bila dapat anak sulung, lama-lama dah banyak cerita anak dan peribadi pulak. Bila dapat anak kedua pulak makin kurang masa untuk berblog, hehe.

Jadi itu antara penyebab utama lah blog ini tidak terpilih. Memamg sudah dijangka. Dapat masuk dalam kelompok tiga terbaik sudah terlajak bagusss bak kata pengasas Dherbs.

Nak menjadikan blog ni sebagai blog pendidikan 100% nanti takut akan banyak 'copypaste' pulak. Maklumlah kan banyak isu pendidikan sekarang ni, masuk je berita-berita mengenai isu-isu pendidikan dan sertakan sumber, jadilah blog pendidikan. Nanti lama-lama takut orang bosan pulak.

Bangunkan blog niche pendidikan.
Jadi untuk mengelakkan terlalu banyak copypaste dalam blog ni, saya tengah dalam proses membangunkan satu blog pendidikan khususnya untuk subjek Kimia. Dan sudah tentu akan dimuatkan sekali isu-isu pendidikan semasa. Mana tahu tahun depan blog yang tengah dibangunkan ini akan dipilih blog pendidikan terbaik..Haha, jangan angan-angan sahaja, usaha kena juga dibuat.

Belajar Kimia sedang dibangunkan

Harap-harap tak terbengkalai lah projek ni nanti. Terima kasih buat yang sudi undi blog cikgu naman baru-baru ini. Setinggi-tnggi tahniah saya ucapkan kepada blog yang menang. Yang tak menang jangan serik cuba lagi!!