Design sendiri bisnes kad #SBB2014


#SBB2014 @ #SBBYEOS2014 nampaknya semakin menghampiri. Perhimpunan blogger² nusantara ni pastinya akan menjadi majlis yang gilang gemilang. Dengan lucky draw yang hebat², panel² apa kurangnya dan yang semestinya SB2014 pasti mempunyai pengisian yang bermanfaat kepada semua blogger.

Dalam kehangatan majlis ini, ramai rakan-rakan blogger sudah menempah kad bisnes masing-masing. Semuanya menarik, pastinya ramai rakan² baru akan bertambah ataupun akan kita kenal, dan di situlah fungsinya kad bisnes blogger.


Rekabentuk Sendiri Kad Bisnes

Macam tahun-tahun lepas, kad bisnes saya hasilkan sendiri, lagi kelakar print dan potong sendiri..haha. Habis senget² kad terhasil. Tapi kali ni saya hanya design saja, kemudian hantar cetak di kedai percetakan. Barulah ada kualiti. Walaupun design yang dihasilkan sendiri amatur dan kurang menarik, ia memberi kepuasan tersendiri, apabila melihat kad bisnes dihasilkan dengan idea dan kemahiran sendiri.

Walaupun tak berapa reti, godek² je Adobe Photoshop dan terhasillah 2 design kad bisnes untuk saya dan isteri.

business kad
Biru untuk saya, pink untuk isteri..hehe

Moga² tiada halangan buat kami suami isteri sampai ke #SBB2014 #SBBYEOS2014!!