Membaca Kisah Bario dan Skylab



Kisah misteri dan sedih kehilangan pesawat MH370 sudah memasuki hari kelima. Pelbagai andaian, spekulasi dan paling tak manis caci maki penuh di ruangan media sosial. Masing-masing tiba-tiba menjadi pakar dalam kes kehilangan yang mendapat liputan luas di seluruh dunia ini.

Di facebook, di twitter dan di whatsapp, disogokkan dengan pelbagai spekulasi sejak dari awal kehilangan sampai sekarang dah masuk hari kelima dengan versi berbagai-bagai.

Melalui televisyen, kita boleh lihat beberapa orang pakar samaada dari bidang penerbangan mahupun dari bidang kejuruteraan kapal terbang, memberikan analisis mereka berdasarkan kepakaran masing-masing. Antara perkataan-perkataan yang biasa dihujahkan mereka :

''Mustahil..Teknologi bla..bla...''

''Semuanya terlatih. Agak mustahil...bla..bla..''

''Pesawat itu antara yang terbaik..bla...bla.."

Nampaknya kita mungkin lupa, kalau Tuhan kata jadi, maka jadi lah walaupun logik akal mengatakan mustahil kan?

Antara perbualan yang menarik minat orang ramai adalah di antara TV3 dengan Kapten Norudin Abdul Majid. Jom kita saksikan video temubual antara Tv3 dengan Kapten Norudin Abdul Majid baru-baru ni yang sepatutnya tidak boleh dipandang ringan.

)

Kapten Norudin Abdul Majid merupakan ketua bahagian pesawat 777 sewaktu berkhidmat di MAS (Malaysia Airlines). Antara petikan dari video tersebut :

Host: "Tapi, apa bacaan kpt. daripada titik akhir (radar pesawat Boeing 777 MH370) itu?"

Kpt. Noruddin: "Hilang!"
Host: "Kemana?"

Kpt. Noruddin: "Full Stop!. KITA ORANG BERIMAN, ALLAH SWT. MENENTUKAN SEGALA-GALANYA, DUNIA INI KEPUNYAAN PENCIPTA"

Host: "Kalau ia hilang, apakah ia boleh ditemui?. Dan kalau ia ditemui apa cara untuk ia ditemui?"

kpt. Noruddin: "ALLAH SWT. MEMBERI KITA SEGALA CARA DAN KUNCI UNTUK MENEMUI APA SAJA.

Jadi kita mestilah menggunakan kebolehah, pengetahuan, kepakaran, orang-orang tertentu untuk mencari pesawat ini.

Host: "Dalam 1minit, siapakah orang-orang tertentu itu? Apa yang boleh dilakukan?"

Kpt. Noruddin: "DOA DARIPADA ORANG-ORANG SOLEH, YANG DEKAT DENGAN ALLAH SWT, DAN JUGA KELUARGA KERANA DIA SEDANG BEREMOSI. DAN ALLAH SWT LIHAT KETIKA ITU"


Sains dan Islam memang sudah tidak boleh dipisahkan. Sudah ramai penyelidik-penyelidik bukan Islam memeluk Islam selepas mereka megaitkan penemuan saintifik dengan isi kandungan AlQuran.

Kisah kehilangan pesawat ini mula dikaitkan dengan perkara Metafizik, di luar kotak pemikiran kita tetapi berlandaskan Islam. Sebab kita memang wajib percaya alam ghaib, biarlah logik akal kita mengatakan TIDAK!!

Sudah pasti kisah misteri helikopter terhempas di Bario mula diimbau. Peristiwa kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sarawak pada Julai tahun 2004  menjadi satu misteri yang menggemparkan banyak pihak. Setelah hampir 20 hari pencarian dilakukan oleh hampir 2000 tenaga manusia dan alat teknologi tercanggih, akhirnya helikopter itu ditemui juga dengan bantuan orang-orang yang dekat dengan Allah, yang berusaha takut dan cinta Allah dengan sebenar-benarnya. Parlimen Malaysia sudah hampir mahu memberhentikan operasi pencarian, tidak berapa lama sebelum helikopter itu ditemui.

Dikatakan maklumat sebenar tentang apa yang terjadi kepada helikopter itu telahpun didapati oleh Skylab seelok sahaja helikopter itu hilang, secara alam kerohaniannya. Wallahu'alam.

skylab , bario, helikopter terhempas
Helikopter yang terhempas di Bario

Siapa itu Skylab?


Skylab dikatakan adalah satu persatuan gabungan doktor-doktor kerohanian dan doktor-doktor fizikal termasuk doktor pakar dari bidang medical dan dentisry yang bekerja dengan kerajaan, universiti, tentera dan private practise

Boleh baca kisah misteri helikopter terhempas di Bario tersebut di Nahas Misteri Helikopter di Bario . Cuma ada beberapa bahagian yang nampaknya agak pelik, baca dan tafsirlah sendiri, rujuk dulu pakar² agama.

Apapun telah terjadi, kita sebagai Islam, teruskan berdoa.Doa adalah kekuatan kita. Jangan hanya membuat dan berkongsi spekulasi. Ingatlah keluarga-keluarga terlibat sedang beremosi. Selepas solat, jom kita selitkan doa agar proses mencari dan menyelamat ini dipermudahkan oleh Allah Yang Maha Berkuasa. Moga dengan izinNya, misteri ini terungkai dan semoga MH370 ditemui dengan selamat.


HENTIKAN SPEKULASI, TERUSKAN BERDOA