Takkan Nak Biar Berlalu Begitu Sahaja


Tajuk pun dah tak tahu nak letak apa. Entah kenapa semenjak dua menjak ni amat berat rasanya nak memulakan entri blog. Bukan kekeringan idea tapi kekangan masa . Darilah program sekolah, PIBG sehinggalah ke program sukan seperti menjadi Jurulatih bolatampar daerah baru-baru ni semuanya memerlukan komitmen tinggi. Nak menulis pada waktu malam pun dah tak larat..hehe

Bila ditengokkan dalam akaun Nuffnang, berderet pulak dapat iklan CPUV.


Takkan nak biar iklan-iklan ini berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkannya??

Takkan nak biarkan blog ni bersawang begitu saja?

Jangan biarkan blog terlalu lama tanpa entri kerana :

  1. Ranking alexa semakin jatuh-memang dah jauh menjunam ranking Alexa blog ini
  2. Susah nak dapatkan balik mood-ye memang, kalau dah lama tinggal, memang susah mulakan ayat pertama
  3. Pembaca lari- Lama² sangat tinggal blog, komen akan berkurangan

Arggh, tak boleh jadi. Mesti mulakan langkah mencari mood menulis balik ni. Walaupun blogging bukan sasaran utama mencari duit tambahan, sekurang-kurangnya mestilah ada hasil. Tak sedikit, banyak pun jadi lah..hehe

Jadi inilah entri bagi mengembalikan mood blogging. Tak boleh panjang-panjang, nanti tersimpan dalam 'draft' pulak..haha

HAPPY BLOGGING!!!