Kita Memilih 'Buffet', Mereka Berdepan 'Bullet'


Hari ini masuk hari ke 25 pada bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkat ini. Terasa cepatnya masa berlalu, rasanya baru sahaja saya mengambil gambar anak bulan malam keempat Ramadhan ini.

Diambil pada malam keempat Ramadhan

Beberapa hari lagi dah nak masuk Syawal, ada yang gembira menantinya , ada yang sedih kerana dengan ketibaan Syawal bermaksud perginya Ramadhan bulan penuh kemuliaan, bulan di mana setiap amal baik dilipatgandakan pahalanya.

Di kala kita sedang ghairah menantikan Hari Raya, saudara kita di Palestin sedang berjuang berhadapan dengan tentera laknat Israel. Mereka dibom, ditembak oleh penembak tepat Israel. Mereka berjuang mempertahankan tanaf wakaf bagi orang Islam iaitu Tanah Palestin.

Kesan peluru Israel

Kita melihat berita di TV atau media sosial yang lain dan kita tertanya :

'Bilakah ianya akan berakhir? Bilakah Palestin akan mencapai keamanan?'

Mungkin sukar mendapat jawapan bagi persoalan tersebut kerana ianya di bawah kekuasaan Allah.

Mungkin kita boleh ubah persoalan itu kepada :

'Apakah yang aku telah buat untuk membantu mereka?'

Ya..Kita boleh berdoa. Doa adalah kekuatan orang Islam. Selepas solat, sebelum berbuka atau bersahur kita selitkanlah doa untuk kekuatan mereka, ketabahan mereka, keselamatan mereka dan kehancuran tentera Zionis.

Selain doa, kita boleh juga memberi sumbangan kewangan yang memang sangat² diperlukan. Tak perlu kesana, hanya pindahkan sahaja sejumlah wang ke mana-mana tabung yang disediakan oleh mana-mana pertubuhan berkaitan Palestin seperti Tabung Aman Palestin dan yang lain-lain.

Tambahan pula bulan Ramadhan, di mana sedekah yang paling besar ganjarannya adalah di bulan ini, jadi ambillah peluang ini. Jom bantu saudara kita!!!


Di kala kita berkira-kira memilih buffet , mereka pula berdepan 'Bullet'.