Pertandingan Menulis Esei Bahasa Inggeris Sunway-Oxbridge


Pertandingan esei Sunway-Oxbridge untuk mempertingkatkan mutu Bahasa Inggeris



Bandar Sunway, 9 Julai 2014 – Sejajar dengan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan Sunway untuk meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah di Malaysia terutamanya dalam kemahiran berbahasa Inggeris, Sunway menjemput semua pelajar sekolah menengah untuk menulis esei dalam Bahasa Inggeris mengenai isu-isu berkaitan dengan merokok, mulai 6 Julai 2014.Ini adalah kali pertama Pertandingan Esei Sunway-Oxbridge dianjurkan bersama Kumpulan Sunway, The Oxford & Cambridge Society Malaysia, Jeffrey Cheah Foundation, Sunway University dan Monash University Malaysia. Pertandingan ini mendapat sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia.


Pertandingan Sunway-Oxbridge ini dibuka kepada semua pelajar sekolah menengah yang menggunakan sukatan pendidikan Malaysia. Terdapat dua kategori bagi pertandingan ini –

  • Kategori A bagi pelajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 (berusia 13-15 tahun)
    Di bawah Kategori A, pelajar dikehendaki menulis 350 patah perkataan atau kurang, mengenai pentingnya menjauhkan diri dari merokok

  • Kategori B bagi pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 (berusia 16-17 tahun).
    Peserta Kategori B dikehendaki menulis 650 patah perkataan atau kurang, mengenai mengapa mereka percaya bahawa persekitaran yang bebas-asap adalah baik untuk semua.

Pertandingan ini dianjurkan dengan kerjasama Oh My English!, sebuah siri popular televisyen di saluran Astro TV IQ. Hadiah berjumlah RM28,000 berbentuk tunai dan RM190,000 dalam bentuk Dermasiswa Sunway tersedia untuk dimenangi. Peserta dikehendaki menghantar esei mereka di atas talian menerusi http://sunway.edu.my/university/essay.

Seratus finalis terbaik perlu menduduki pertandingan menulis esei yang akan diadakan pada 6 September 2014 di beberapa lokasi di seluruh negara, termasuk Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.

Untuk maklumat lebih terperinci sila layari website rasmi di SINI.