iPhone 5s gajet impian setiap blogger

iPhone 5s gajet impian saya


iPhone 5s memang menjadi gajet impian saya. Bukan semata-mata untuk aktiviti sebagai seorang blogger, tetapi memang memudahkan kerja seharian termasuklah kerja-kerja sebagai seorang guru. Pantas, ekslusif, kualiti menjadikan iphone 5s gajet impian sesiapa saja. Memang kalau nak dinyatakan kenapa iPhone 5s menjadi impian , tak cukup nanti 300 patah perkataan, hehe. Menang iPhone 5 dalam cotest iPhone 5 gadget impian dulu memberi peluang kepada saya merasakan produk apple yang hebat ini. Kalau ada rezeki menang iPhone 5s ini memang gembira tak terkatalah nanti. Nak beli sendiri perit jugak nak keluarkan duit tu..hehe


iPhone 5s gajet impian setiap blogger


Kini ada peluang bagi blogger-blogger mencuba nasib merebut 3 iPhone 5s secara percuma. Ramai blogger yang sedang merancang strategi dalam contest terbaru Denaihati ini. Contest iPhone 5s gajet impian setiap blogger diberi nama, menyusul selepas kehangatan contest iPhone 5 gajet impian yang berlangsung pada tahun lepas. Kali ini 3 biji iphone 5s pula akan menjadi milik blogger blogger bertuah dan yang berusaha.

Kenapa iPhone 5s menjadi impian?


Memudahkan kerja blogger


1. Kemaskini blog
Dengan kecanggihan dan kelajuan iPhone 5s, sudah tentu menjadi impian setiap blogger untuk mengemaskini blog masing-masing secara 'live', atau lebih dikenali 'live blogging'. Lagi lagi blogger yang selalu menghadiri event berbayar , yang memerlukan mereka membuat liputan

Impian setiap blogger untuk mengemaskini blog 'on the go' dengan lebih mudah menggunakan iPhone 5s

2. Gambar-gambar berkualiti
Sebagai blogger, sudah semestinya menginginkan gambar-gambar yang menarik dimuatkan ke dalam blog kan? Dengan kualiti kamera yang dipertingkatkan,iPhone 5s akan menghasilkan gambar yang cantik dan berkualiti. Ciri ciri kamera iPhones 5s dengan 8 megapixel, digandakan sensor 15% lebih besar, dengan pixel lebih besar berukuran 1.5 microns dan aperture f/2.2 yang membiarkan lebih cahaya akan memastikan gambar yang diambil pada waktu malam juga berkualiti.

gajet impian iPhone 5s
Sungguh tajam gambar dari iPhone 5s impian ini

iPhone 5s gajet impian menghasilkan gambar yang cantik
Cantik kan hasil dari lensa iPhone 5s gajet impian setiap blogger

Boleh baca lagi mengenai kualiti kamera iphone 5s di SINI.

3. Laju
Salah satu pemilihan gajet untuk dipertimbangkan sudah semestinya kelajuannya. Bila saya gunakan iphone 5 yang dimenangi tahun lepas pun sudah rasa perbezaan kelajuannya dengan smartphone yang lain, inikan pula iPhone 5s yang diperhebatkan dengan kehadiran M7 coprocessor. Jadi mudahlah blogger blogger buat banyak kerja yang melibatkan media sosial dalam satu masa.

Review iPhone 5s dari yang pakar

Kalau saya nak bercakap lebih lebih berkenaan iPhone 5s gajet impian ini mungkin tak pandai sangat. Jadi lebih baik kita serah kepada yang pakar kan? Jom saksikan video dari youtube berkenaan review iPhone 5s yang menjadi gajet impian ramai blogger ni.


Terima kasih kepada penaja-penaja


Alhamdulillah, ramai yang bermurah hati menjadi penaja kepada peraduan iPhone 5s gajet impian setiap blogger ini. Moga rezeki para penaja semakin murah melimpah ruah. Berikut adalah senarai penaja yang terlibat.


1. http://ejamothman.com
2. http://www.eridy.com
3. http://www.hilalazmi.com
4. http://eizil.com/
5. http://asamboi.my
6. http://www.diarymama.com
7. http://pendekarberkuda.org
8. http://www.saji.my
9. http://abangensem.com
10. http://www.enveeus.com
11. http://www.pakarniaga.com
12. http://anarm.net
13. http://www.daddydee.net
14. http://www.sunshinekelly.com
15. http://sweetkurma.com
16. http://awn.my
17. http://mawarmerah2008.com
18. http://www.blogieta.com
19. http://www.broframestone.com
20. http://www.akmaomar.com
21. http://khairilmazri.com

Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @ http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.

Iphone 5s gajet impian setiap blogger. Moga impian ini akan menjadi kenyataan. Semoga berjaya diucapkan kepada semua rakan blogger yang menyertai pertandingan ini. Cubalah sehabis baik setiap tugasan yang diberikan kerana hadiahnya iPhone 5s yang memang berbaloi-baloi