'Supermoon' dari celahan balkoni


Jenguk-jenguk ke luar, kelihatan cahaya bulan amat terang sekali. Walaupun hujan, cahayanya tetap terang menerangi kegelapan malam.Semasa keluar buang sampah selepas hujan berhenti, terpesona dengan kecantikan bulan yang dipanggil 'supermoon' pada malam ini.

Jadi bila balik rumah apa lagi, keluarkan kamera dan terus ke balkoni rumah. Jenguk-jenguk tempat sesuai untuk ambil gambar bulan penuh malam ini. Dengan kaedah cuba jaya, dengan pelbagai 'setting' , akhirnya dapat juga imej bulan yang dikehendaki walaupun tak secantik mana.


Bulan mengambang diambil dari balkoni

Piring astro rumah jiran berlatarkan bulan

Imej bulan penuh yang berjaya dirakam

Dah selesai ambil gambar baru buat pencarian melalui google, apakah itu 'supermoon'. Bila melihat gambar-gambar 'supermoon' yang ada di internet, kagum sungguh dengan ciptaan Allah ini, SubhanAllah.

Supermoon di carian google

What is a supermoon?

The scientific name for a "supermoon" is a perigee moon, perigee meaning “closest point to earth”. It refers to the phenomenon when the moon is in its “full moon” stage, and at its closest point to earth during its yearly orbit. With the moon being closer, it appears far bigger and far brighter. Estimates believe that this Sunday’s supermoon will appear over 14 per cent bigger and 30 per cent brighter to stargazers below.

Sesiapa yang nak cuba ambil gambar bulan boleh baca entri Tips Ambil Gambar Bulan ini ye. ;)