Soalan Percubaan SPM SBP 2014


Peperiksaan Sijil Pelajran Malaysia(SPM) 2014 sudah semakin hampir. Sudah pasti calon calon SPM tahun ini sedang melakukan persiapan ulangkaji akhir. Bukan setakat calon, guru juga sudah tentu sedang sibuk membantu calon SPM 2014 mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan SPM 2014 yang akan bermula pada 3 November 2014 nanti.

Strategi Menjelang Peperiksaan



PERSEDIAAN FIZIKAL

Calon² mestilah menjaga kesihatan masing-masing, mendapatkan tidur yang cukup, menjaga pemakanan melakukan riadah secukupnya tapi jangan berlebih-lebih hingga memudaratkan badan.

KESELAMATAN
Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari sebarang kecederaan. Anda past tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berad dalam wad di hospital.

PERSEDIAAN MENTAL
Elakkan gambaran negative seperti takutkan kegagalan, jangan menyerah kalah sebelum berjuang. Untuk itu, anda perlu membuat persediaan secukupnya. Ulangkaji setiap hari bagi memantapkan lagi persediaan anda.

Sebaliknya berfikirlah kea rah yang positif dengan fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan. Tidak perlu takut akan keputusan yang anda akan dapat.

Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan. Ini akan melemahkan semangat anda. Ia juga membuatkan anda meragu kebolehan diri anda.


PERSEDIAAN EMOSI
Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi seperti pergaduhan dengan rakan, menimbulkan kemarahan ibu bapa, bercinta dan sebagainya.

PERSEDIAAN ROHANI
Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu. Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah lah yang menentukannya. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.

Banyakkan berdoa kepada Allah dan meninggalkan larangannya. Kerapkan lah solat hajat di tengah malam InsyaAllah kejayaan milik anda.


Persediaan Menjawab Soalan Percubaan
Ya, di saat saat akhir ini, anda sepatutnya bukan baru nak memahami topic yang sudah diajar awal tahun lagi sebaliknya cuba melakukan latihan sebanyak yang mungkin. Yang paling terbaik adalah membuat soalan soalan tahun lepas dan juga soalan soalan percubaan SPM 2014 dari negeri yang lain.

Soalan-soalan Percubaan Sekolah Berasrama Penuh
Di sini saya ingin kongsikan soalan soalan percubaan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2014. Ada yang mempunyai skema, tetapi ada juga yang tiada skema. Sekiranya ada saya akan kemakini nanti.
Boleh memuat turun soalan soalan SBP tersebut dengan klik pada pautan yang disediakan. Semoga member manfaat dan SEMOGA BERJAYA dalam SPM 2014!!


Soalan Percubaan BM dan Skema
KLIK SINI

Soalan Percubaan BI dan Skema
KLIK SINI

Soalan Percubaan PENDIDIKAN ISLAM dan Skema
KLIK SINI

Soalan Percubaan PENDIDIKAN MORAL dan Skema
KLIK SINI

Saya akan masukkan soalan soalan subjek lain secepat mungkin.