Kyrol-Produk Keselamatan Internet Pertama Buatan Malaysia

Antivirus Popular dari Luar Negara


Norton, AVG , McAfee, Bit Defender dan sebagainya selalu kita dengar kan? Nama nama ini antara yang popular dalam aplikasi antivirus yang ada di pasaran. Tapi kesemuanya adalah buatan luar negara.


Kyrol Internet Security Jenama Tempatan

Sekumpulan anak muda mengambil inisitif membangunkan produk keselamatan internet, termasuk anti virus, yang pertama buatan Malaysia.

Produk yang dinamakan Kyrol Internet Security itu dihasilkan selepas mereka menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R & D) selama satu setengah tahun, bermula tahun 2013.

Jurucakap kumpulan itu, Aniq Akhmal yang juga Ketua Pegawai Operasi Kyrol Security Labs Sdn Bhd berkata, idea untuk membangunkan produk itu timbul kerana menyedari pasaran Malaysia yang terlalu bergantung dengan produk anti virus daripada luar. Produk ini menyediakan :

  • Antivirus
  • Antispyware
  • Antimalware
  • KYROL WEBFilter
  • USB Protection
  • USB DLP
  • Advance Firewall

Ancaman Siber Yang Berubah Setiap Hari

Jumlah ancaman malware termasuklah virus, spyware, Trojan, Worms dan rootkit semakin meningkat dari hari ke hari. Setiap hari, makmal khas KYROL menerima lebih daripada 15,000 sampel malware baru. Bukan sahaja terdapat lebih dari itu, ia semakin canggih. Semakin banyak penjahat yang bermotifkan kewangan mengeksploitasi sebarang lubang dalam rangkaian anda, sistem operasi, dan aplikasi. Tujuan mereka adalah untuk membuat serangan 'zero-day', yang mana tidak ada pembaikan serta merta yang boleh dibuat.

Produk Kyrol Mendapat Perhatian Antarabangsa

Menurut Aniq Akhmal lagi, walaupun baru memasuki pasaran kira-kira dua bulan lalu, terdapat lebih 65,000 pengguna internet dari seluruh dunia telah memuat turun versi percubaan di samping lebih 2,000 yang telah melanggannya.

Jom kita dengar temubual ekslusif Astro Awani bersama Ketua Pegawai Operasi Kyrol Security Labs Sdn Bhd


Pengalaman Menggunakan Kyrol Internet Security


Saya ingin berkongsikan sedikit pengalaman menggunakan perisian Keselamatan Internet Kyrol ini setelah beberapa minggu menggunakannya. Antaranya yang saya suka adalah :

1. Kotak Yang Cantik dan Unik

Ya. Tanggapan pertama itu penting. Melihat kepada keunikan kotak produk kyrol ini, ia akan membanggakan kita kerana songkek iaitu antara identiti Malaysia digunakan dalam penghasilan produk antivirus ini.

Seni Songkek Menjadi Simbol Malaysia


2. Antara Muka Yang Mesra


Antara muka 'setting'


3. Ringan

Baru baru ni laptop saya bermasalah kerana salah satu RAMnya didapati rosak. Jadi jangkaan saya mungkin perisian Kyrol Antivirus ini. Namun jangkaan saya salah, Kyrol Internet Security beroperasi dengan baik tanpa menggangu pengoperasian laptop.

Mari kita lihat keperluan minima Produk Kyrol ini :

Processors Supported : Intel or AMD x32 - x64

System : Windows XP, Windows Server 2003, Windows Vista, Windows 7, windows 8, Windows 2008 Server

Free disk space : 200 MB

4. Cekap

Sebelum ni saya menggunakan perisian percuma sahaja. Jadi bila dilakukan imbasan, tiada sebarang ancaman dikesan. Tetapi bila menggunakan perisian ini, beberapa ancaman malware berjaya dikesan.



Malware dikesan

Banyaknya malware bersarang


Jadi sekiranya anda berminat untuk mencuba edisi percubaan anda boleh muat turun di http://www.kyrolsecuritylabs.com/download.aspx . Sekiranya ingin membeli secara online boleh ke laman web lazada di www.lazada.com.my/shop-software/kyrol/

Maklumat lanjut berkenaan Kyrol


http://www.kyrolsecuritylabs.com

https://www.facebook.com/kyrolantivirus

http://instagram.com/kyrolantivirus


Bersama sama kita menyokong produk buatan anak tempatan yang setaraf keluaran antarabangsa.