#P1NostalgicNation : Mengimbau Zaman Kanak², Mengeratkan Hubungan Bersama Anak


Permainan Zaman Dulu-dulu




Ingat tak dengan permainan permainan di atas?

Tak ingat? Mustahil bagi mereka yang membesar di kampung tak ingat. Sungguh noltalgik betul kenangan bermain permainan yang sudah hampir pupus di zaman gajet serba canggih ini. Sungguh indah bila mengingatkan kembali zaman dulu yang tiada iPad, tiada tablet mahupun Angry Birds.

Semua permainan adalah hasil Do It Yourself(DIY). Menggunakan bahan² yang diambil di persekitaran dan kadang kala tersalah guna buku latihan sekolah untuk buat jet! Ohsem!!!!


P1 Nostalgic Nation Imbau Kenangan Zaman Kanak²




Packet One Networks (M) Sdn Bhd (571389-H) telah mengadakan peraduan P1 Nostalgic Nation (Blogger)di mana kami diberi tiga tugasan membuat video iaitu :

Tugasan pertama #FoldABoat
Membuat bot daripada kertas dan melihat keupayaannya terapung di permukaan air. Dan ini adalah video yang saya buat :


Saya bercadang hendak mengambil video bot tersebut di tasik belakang rumah tetapi asyik tak jadi kerana hujan setiap petang. Jadi pilihan terakhir letak je air dalam bekas besar, dengan meletakkan banner peraduan dan hashtag .

Masa nak edit video teringat lagu Row Row Your Boat yang diminati anak saya tu. Timbul idea nak tukar lagu tu kepada Fold Fold Fold A Boat. Jadi saya masukkan lagu Fold Fold Fold A Boat yang dinyanyikan sendiri. Maaf kalau terlampau sumbang. ;p

Tugasan kedua #FoldAPlane

Dalam tugasan kedua ni cabarannya ialah menimbulkan kelainan kepada pergerakan kapal terbang kertas itu. Pada asalnya saya ingin menjatuhkan kapal terbang tersebut dari tingkat 7 apartment, tapi jangkaan saya pasti pergerakan kapal terbang tersebut sukar dirakam.

Seterusnya dengan menggunakan sedikit teknik ilusi, saya berjaya menerbangkan kapal terbang kertas tersebut di awan yang tinggi. Oh yeah!!


Tugasan ketiga #MakeAFall

Tugasan ni adalah yang paling mencabar. Sebab memang dah tak ingat dah nak buat parachute tu macam mana. Bila cari di youtube pun caranya macam susah sikit. Cari punya cari jumpa juga cara yang ringkas sahaja tetapi menjadi. Sekejap sahaja saya sudah berjaya menyiapkan parachute tersebut. Saya sertakan langkah-langkah secara bergambar. Gambar-gambar tersebut diambil dari http://www.wikihow.com/Build-a-Plastic-Parachute

Cara cara membuat 'parachute' yang ringkas

Beberapa idea timbul untuk menyiapkan video menjatuhkan parachute ini tetapi tiada kesempatan nak mencubanya di luar, maklumlah hujung tahun ni sibuk sikit di sekolah. Jadi anak anak lah jadi penyelamat, rekod video berdasarkan eksperimen Fizik iaitu Halaju Terminal.

Masalah pulak timbul bila anak anak berebut pula nak main parachute tersebut, maka terpaksa memujuk seorang demi seorang sambil rekod video. Maka terhasilah video kat bawah ni.


P1 Nostalgic Nation Memang Betul² #Throwback!

Setelah melihat video video di atas, adakah masing masing mengimbau kembali zaman sebelum tahun 2000? Macam saya semua permainan di atas popular masa saya di bangku sekolah rendah iaitu sekitar 90an. Sungguh betul betul mengingatkan kisah kanak kanak yang jauh berbeza dengan zaman sekarang yang 'dirantai' oleh kecanggihan gajet!


P1 Nostalgic Nation Merapatkan Hubungan Dengan Anak²

Untuk menyelesaikan ketiga tiga tugas tersebut, saya banyak memerlukan khidmat anak anak saya. Mereka lagi lah seronok kerana didedahkan dengan pelbagai permainan lama tetapi baru mereka kenali. Kalau bukan kerana P1 Nostalgic Nation mungkin sampai bila bila anak saya tak reti main kapal terbang kertas ataupun payung terjun(parachute).


Bila melihat kegembiraan mereka berdua bermain dengan kapal terbang kertas, bot kertas dan parachute mengingatkan kembali kegembiraan zaman kanak kanak pada masa lalu. Pada masa sekarang, anak anak lebih didedahkan dengan permainan di dalam gajet.


Terima kasih P1 dengan P1 Nostalgic Nation ini, ia mengembalikan kegembiraan zaman kanak kanak saya dulu dan kini ia boleh dikongsi dengan anak saya pula. Anak anak begitu seronok berkenalan dengan permainan kegemaran papanya di waktu kecil.