Vitamin Shaklee Bukan Sahaja Bagus Untuk Kesihatan


Vitamin Shaklee Memang Bagus Untuk Kesihatan


Baru baru ini saya ada menceritan Vitamin Shaklee memang bagus untuk kesihatan. Terdapat pelbagai jenis vitamin keluaran shaklee, untuk kanak kanak sehinggalah dewasa. Bukan sahaja produk untuk kesihatan tubuh badan bahkan juga Shaklee juga mengeluarkan produk produk lain seperti kelengkapan rumah berasaskan bahan alami.

vitamin yang bagus untuk kesihatan


Kegunaan Lain Vitamin Shaklee


Ya. Bukan sahaja vitamin shaklee ni menyediakan suplemen yang bagus untuk kesihatan, bahkan bekas kosong produk produk shaklee juga berguna. Selain hantar ke tempat kitar semula, ia juga boleh digunakan semula (reusable) sebagai tabung.

Tabung dari bekas shaklee

Sikit sikit lama lama jadi bukit

Hehe. Tengok tu, pelbagai tabung diwujudkan dengan menggunakan bekas bekas Vitamin Shaklee yang kosong. Tak perlu dah pergi beli tabung kat kedai, gunalah bekas kosong itu sebaiknya. Kalau rajin lagi belilah pelekat bunga bunga dan hias tabung tersebut untuk kelihatan lebih menarik.

Tapi harus diingat, jangan harap tabung sahaja yang cantik, pastikan berdisiplin untuk menabung. Kalau tak tabung itu akan menjadi sekadar barang perhiasan.

5 Tips Menyimpan Yang Efektif dari Pakdi.Net


Berikut saya selitkan antara petua Pakdi.Net berkenaan cara cara menabung yang berkesan:

1. Standing Instruction (SI) atau Auto Debit

Buat potongan sejurus selepas gaji masuk. Masukkan ke dalam akaun simpanan kita. Tetapkan tarikh yang sama dengan tarikh gaji masuk setiap bulan. Simpan dahulu, selebihnya baru belanjakan.

2. Main Kutu

Kalau susah sangat nak disiplinkan diri menyimpan, boleh cuba teknik ini. Ajak 3-5 orang kawan untuk bermain sekali. Setiap seorang sumbangkan sebanyak RM 300 sebulan. Bila dah terlibat di dalam game ini, kita akan rasa segan dan malu jika tidak bayar. Malah, kita akan seronok bila tiba giliran kita untuk terima duit kutu untuk bulan tersebut. Kalau 5 orang main, terus dapat RM1,500 dan terus simpan dalam tabung. Walaupun pada hakikatnya, duit tersebut memang duit kita pun, cuma psikologinya agak berbeza.

3. Kumpul Si Hijau

Jumpa sahaja duit berwarna hijau ini, terus simpan di dalam tabung. Kenapa RM5 dan bukan yang lain? Sebab duit hijau ini jarang kita dapat berbanding dengan duit RM10, RM1 atau RM50. Nilainya juga di dalam kategori “sederhana”, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Cuba amalkan selama 2-3 bulan, anda akan rasa seronok apabila melihat duit hijau ini semakin banyak di dalam tabung.

4. Simpan Duit Syiling

Ramai di antara kita malas nak bawa duit syiling ke mana-mana. Kalau makan di kedai mamak RM2.80, kita akan beri RM3.00 dan baki 0.20 sen lagi kita beli gula-gula sebab malas nak simpan duit syiling. Apa kata mulai sekarang, duit syiling baki kita beli barang itu kita simpan terus di dalam tabung. Sampai je rumah, seluk poket, kalau ada syiling, terus masukkan. Ada orang pernah buat teknik ini dan berjaya mengumpul RM800 selama setahun dengan kumpul duit syiling sahaja. Lebih kurang RM70 sebulan. Wow, banyak juga tu.

5. Simpan di Akaun Tanpa Kad ATM

Antara pilihan.

1) Bank 2) Tabung Haji

Buka akaun, masukkan duit menggunakan cara # 1 dan lupakan terus. Mula-mula memang agak susah, tetapi lama-kelamaan ianya akan mudah. Kalau menyimpan di dalam bank yang ada kad ATM, memang susah nak disiplinkan diri. Sebab mudah sangat nak keluarkan.

Jadi simpanlah di Tabung Haji. Dividen yang diberikan adalah jauh lebih tinggi daripada simpanan biasa di bank.

Bagus kan teknik teknik menabung yang dicadangkan oleh Pakdi, anda bolehlah ikut yang mana sesuai. Pastikan berdisiplin kerana tanpa disiplin sukar untuk anda menabung secara efektif. Kesimpulannya, vitamin shaklee bukan sahaja bagus untuk kesihatan badan tetapi bekasnya juga bagus untuk kesihatan kewangan anda!