Pertandingan Menulis Esei SUNWAY-OXBRIDGE Kali ke-2


Tujuan Penganjuran


Pertandingan esei Sunway-Oxbridge kembali semula buat tahun kedua dan menyeru semua pelajar sekolah menengah yang menggunakan sukatan pelajaran Malaysia untuk menyertainya dengan menghantarkan pernyertaan mereka secara atas talian(online) dari 11 April hingga 10 Mei 2015. Di bawah Program Pembangunan Bahasa Inggeris Sunway, pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah Malaysia, khususnya penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.



Dianjurkan bersama oleh Kumpulan Sunway, The Oxford & Cambridge Society Malaysia, Yayasan Jeffrey Cheah, Sunway University dan Monash University Malaysia, Pertandingan Esei Sunway-Oxbridge menawarkan sejumlahhadiah wang tunai bernilai RM28,000 dan RM190,000 dalam bentuk dermasiswa kepada pemenang-pemenang. Pertandingan ini juga mendapat sokongan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tema dan Kategori Pertandingan


Tema Pertandingan Esei bagi tahun ini adalah perjudian.Dalam satu kajian yang dianjurkan oleh Pusat Pemulihan Penjudi Malaysia baru-baru ini, di kalangan 5,000 pelajar sekolah menengah, 89% daripadanya mengakui telah didedahkan kepada aktiviti perjudian. Oleh itu, pertandingan pada tahun ini memperkenalkan topik mengenai perjudian untuk meninjau pendapat pelajar mengenainya, terutama sekali kesan-kesan negatifnya.

Terdapat dua kategori dalam pertandingan ini :

Kategori A bagi pelajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3-pelajar dikehendaki menulis 350 patah perkataan atau kurang, mengenai kesan berjudi

Kategori B bagi pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5- dikehendaki menulis 650 patah perkataan atau kurang, mengenai mengapa penjudi perlu berhenti berjudi

Hadiah Hadiah


  • Pemenang hadiah pertama kedua-dua kategori berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM5,000 dan dermasiswa Sunway bernilai RM20,000.
  • Pemenang hadiah kedua, kedua-dua kategori masing-masing akan membawa pulang RM3,000 wang tunai dan dermasiswa Sunway bernilai RM15,000.
  • Pemenang ketiga kedua-dua kategori masing-masing akan membawa pulang RM1,000 wang tunai dan RM10,000 dermasiswa Sunway.
  • Setiap kategori mempunyai 10 hadiah saguhati yang merupakan hadiah wang tunai


Gambar² Pemenang Tahun Lepas





Kata Kata dan Tips Dari Pemenang Lepas


“Kemenangan di peringkat nasional pertandingan ini telah merangsang keyakinan saya. Apabila salah seorang daripada juri hakim telah berkata kepada saya: ‘Anda mempunyai bakat. Usah berhenti menulis’. Kata-kata rangsangan sedemikian amat bermakna sekali bagi saya,”

“Nasihat saya kepada bakal peserta ialah tunjukkan kelainan, selitkan rasa lucu dan serlahkan minda kreatif. Tulislah sesuatu yang mereka belum pernah lihat sebelum ini. Kunci kejayaan bukan saja bersedia untuk menghadapi kegagalan tetapi juga menerima baik akan kemungkinannya.”

Berminat dan teruja??

Sila cari idea sekarang untuk memulakan esei anda!!

Peserta-peserta dikehendaki menghantar esei mereka secara atas talian (online) menerusi www.sunway.edu.my/essay. Seratus finalis terbaik perlu menduduki pertandingan menulis esei yang akan diadakan pada 13 Jun 2015 di beberapa lokasi di seluruh Malaysia.

1 comment... add one now

Oyong Ilham Oyong Ilham 10 October, 2016
selamat ya untuk semua pemenang .... :)