Mengkongsepsi adalah antara Kemahiran Saintifik yang ditanya dalam kertas 2 Sains SPM.
Berikut adalah contoh soalan-soalan mengkonsepsi. Fahami cara dan teknik untuk menjawab.
a. Nyatakan perbezaan antara logam dan bukan logam
i. Mengenalpasti maklumat. | Besi dan kuprum ialah bahan logam |
|
|
ii.Mengenalpasti ciri sepunya | Besi dan kuprum mempunyai ciri – ciri sepunya iaitu kedua-duanya - mempunyai permukaan berkilau
- Boleh mengalir elektrik
|
|
|
iii.Contoh dan bukan contoh. | Contoh lain logam ialah zink danContoh bukan logam ialah sulfur |
|
|
iv. Bina konsep sebenarnya. | Sebenarnya logam ialah bahan yang mempunyai ciri-ciri berikut: - mempunyai permukaan berkilau
- boleh mengalir elektrik.
- Pengalir haba yang baik.
|
|
|
a. Nyatakan perbezaan antara sebatian karbon organik dan sebatian karbon bukan organik
i. Mengenalpasti maklumat. | Petroleum dan kanji ialah sebatian karbon organik |
|
|
ii.Mengenalpasti ciri sepunya | petroleum dan lemak mempunyai ciri – ciri sepunya iaitu kedua-duanya - Berasal dari benda-benda hidup
ii. tidak larut dalam air |
|
|
iii.Contoh dan bukan contoh. | Contoh lain sebatian karbon organik ialah protein danContoh bukan sebatian karbon organik ialah kapur. |
|
|
iv. Bina konsep sebenarnya. | Sebenarnya sebatian karbon organik ialah bahan yang mempunyai ciri-ciri berikut: - Berasal dari benda-benda hidup
- Tidak larut dalam air.
- Mempunyai takat lebur rendah.
|
|
|
a. Nyatakan perbezaan antara lemak tepu dan lemak tak tepu
i. Mengenalpasti maklumat. | Lemak lembu dan lemak kambing ialah lemak tepu |
|
|
ii.Mengenalpasti ciri sepunya | Lemak lembu dan lemak kambing mempunyai ciri – ciri sepunya iaitu kedua-duanya - Berbentuk pepejal pada suhu bilik
ii mengandungi banyak kolesterol |
|
|
iii.Contoh dan bukan contoh. | Contoh lain lemak tepu ialah lemak babi danContoh bukan lemak tepu ialah minyak sawit. |
|
|
iv. Bina konsep sebenarnya. | Sebenarnya lemak tepu ialah bahan yang mempunyai ciri-ciri berikut: - Berbentuk pepejal pada suhu bilik
- Mengandungi banyak kolesterol.
- Mempunyai takat lebur yang tinggi.
|
|
|
Untuk memahami teknik menjawab yang betul dalam menjawab soalan mengkonsepsi boleh tonton video di bawah :
Semoga anak murid sukses dan cikgu naman menjadi guru cemerlang.
ReplyDeleteAminn...
🤲🤲🤲
wah..lama tak tengok maza..hehe
DeletePost a Comment